02 July, 2015

4 LANGKAH UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP ANDA

Kesihatan memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan kehidupan kita seharian.
Kita sering terjebak dengan pelbagai penyakit yang mana jika kita tidak ubati penyakit itu pasti menyukarkan kita melakukan tugas-tugas harian kita. Tapi adakah anda tahu bahawa tubuh badan kita juga perlukan 4 perkara untuk memastikan tubuh kita kekal sihat dan aktif sentiasa.??

Mari saya kongsikan bersama anda semua apakah langkah-langkah yang saya maksudkan itu tadi. 

LANGKAH 1 : MEMBERSIH

Dalam langkah ini, ia melibatkan aktiviti-aktiviti mengeluarkan bahan-bahan buangan dan toksin yang terbentuk dalam badan yang tidak dapat dielakkan pada kehidupan moden kini. 

Jadi dalam langkah ini, ia adalah step yang paling UTAMA perlu dilakukan bagi memastikan sesuatu penyakit kita itu dapat kita rawat. Senang citer kita kena kuarkan dulu segala-gala barang kotor dalam badan tu dulu barulah next step dapat merawat penyakit yang kita hadapi tu.

LANGKAH 2 : MENGAWALATUR

Untuk langkah kedua ni, ia melibatkan proses memperbaiki dan mengembalikan fungsi normal organ dan sistem badan. 

Jadi mari saya jelaskan. Dalam step kedua ni, selepas kita dah cuci benda-benda kotor dalam badan tu kan. Kita kenalah reconstruct balik sistem dalaman badan kita supaya dapat berfungsi secara baik macam mana sebelum ia datang sakit. Jadi relevannya dekat sini bila badan kita dah kena cuci waktu itu sistem dalam badan kita tengah lemah. So, secara fikiran budak darjah 1 tengok cite ultraman pun tahu pe kene buat kan. Kenala recaj balik tenaga. Jadi kita kenalah naikkan balik caj-caj positif dalam badan kita ni.

LANGKAH 3 : MEMBEKAL

Bagi step 3 ni pulak, ia lebih melibatkan proses penambahan zat-zat nutrisi keperluan badan.

Jadi bila kita dah baikpulih tubuh kita tu, kita kenalah tambahkan supplement dalam badan kita. Yelahkan. Sistem badan dah fungsi secara elok nak tambah elok kenalah tambah kuatkanlah sistem badan tu. Barulah tak ada kena serangan kali kedua ke, ketiga ke dan seterusnyalah. Betul tak??

LANGKAH 4 : MENCEGAH

Dan yang terakhir sekali, langkah ke-4. Ia melibatkan proses melindungi badan daripada jangkitan dan penyakit.

Selalu orang cakaplah kan. Mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi kita kenalah ambil iktibar. Kalau kita dah tahu kita pernah kena sakit macam ni, macam tu so kenalah beringat-ingat. Jadi dalam step ini, jika kita berjaya disiplinkan diri kita In Shaa Allah, dengan izin Allah kesihatan kita akan terjamin. 

Jadi itulah serba sedikit mengenai langkah-langkah dalam memastikan tubuh badan kita kembali sihat. Jadi saya pun nak lah kita sama-sama beringat. Nak baik dari satu penyakit bukan makan ubat terus baik. Nak kurus pun ada cara-caranya. Tapi jika kita amalkan langkah-langkah ini dengan izin Allah dapatlah kita kembali sihat dan bertenaga.

Untuk membantu anda kembali sihat dan bertenaga produk Tiens / Tianshi telah datang memberikan penyelesaian mengikut step by step seperti yang saya jelaskan tadi. Dengan produk ini semoga dapatlah memberikan manfaat kepada kita semua untuk kembali aktif dalam kehidupan kita seharian. Kepada yang ingin tahu apa tu TIENS / TIANSHI anda boleh KLIK LINK INI.

Saya akan cuba memberikan sehabis baik untuk membantu anda semua kembali sihat, bertenaga dan aktif seperti sediakala. Amin.

No comments:

Post a Comment